Monday, November 26, 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

  
5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


-c-Penpatah.blogspot.com

Sister's Solemnization

10.11.12
tarikh cantik kan? tarikh ni juga, Nurul Sa'adah Binti Abdul Aziz,
merangkap kakak sy yg ke-3 telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati, Shaari bin Hussin..satu saat selepas jam 5.50 ptg, dia telah pun melangkah ke alam baru, dunia baru, sebagai isteri.. sedih, gembira bila seorang lagi kakak kesayangan tiba-tiba je takda ngan kita, tak tido sama-sama, tak borak hari-hari :') sebab dia kena melaksanakan tanggungjawab baru sebagai seorang isteri.. tak nak cakap banyak, aku tumpang gembira untuk kau, tahniah kakak..:') cepat-cepat buat baby tauuu.. :p

kami buat kenduri tahlil dan doa selamat sebelum hantar kakak pergi nikah dekat masjid, kenduri kecil-kecilan untuk saudara mara dan sahabat handai yang rapat..walaupun kecil, kenduri still meriah dengan jiran-jiran n kawan-kawan yang datang merewang. especially abam2 L-team, kwn2 abang, Muhd. Nazri. Thanks a lot.  esoknye, kami bertandang ke rumah pengantin lelaki. pelik sikit sbb berntandang rumah lelaki dulu.  kenduri besar belah kami will be held on 5.1.2013, saing dengan kakak no.4 yg akan nikah pada 3.1.2013..



after akad.  

                                      



mak..



     
              
hasil tangan kami..:)

the girls
siblings
abam-abam L-Team

pengapitnye makan banyak! LOL
                                   
 
bakal mempelai..J&J, Jannah & Jaar
                                     
awek mane la ni. hahaha
pretty baby
                                             
                                                        bila pulak turn kita kan? hehe..

Sunday, September 30, 2012

Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka


Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

...........

cliche

"saya terima awak seadanya. saya terima segala kekurangan awak, saya tak kisah awak mcmmana, saya terima."

senang kan ucapakn ayat tu? so cliche. especially bila start na bercinta lah kan. bila berjanji. haihh..tapi actually susah kita na jumpa somebody yg betul2 maksudkna ayat tu.  kebanyakannya penipu yang menipu.  penah dnga cita or alami sendiri ta satu keadaan ni, biasanya kapel alam maya la.  facebook, twitter, bbm la apekejadah sume.  becinte sebelum jumpa, berjanji bersumpah setia.  sampai masa dah ready nak jumpa, tengok gelfren/bopren alam maya tu ta mcm yg disangka.  mebi ta lawa/hensem, ta cukup tinggi, terlebih lemak ke ape ke kann.  thenn, suddenly cakap tak ready lagi na bercinta.  and i've got 5 days mc. omaigodd!! 0.0 *oke takde kene mngene.  tak ke bahlol namenye tu. kesian la gelfren/bopren yg kene reject disebabbkan kekurangan yg dia ada. ish ish ish.

and sometimes kita cakap kita terima siapa sahaja dlm hidup kita, tak memilih.  ni lagi lahhh ayat cliche. kadang-kadang kita sendiri tak faham apa konteks memilih tu. kita rasa kita dah cukup tak memilih.  but actually not.  tanpa kita sendiri sedar, apa yg kita cakap tu, teramatlah kontra dgn reality. dalam kita ta sedar, kita masih lagi memilih ciri-ciri yg kita nak ada dlm bakal pasangan kita tu. betul ta ape yg aku cakap ni? sape makan gula, dia la yg rasa manisnye. kan? hehe 

so, itu aja. tata ^^,

Thursday, February 9, 2012

Bertepuk-tepuk tangan

betepuk2 tangan, betepuk jangan segan
 err..tade kene mengene. saje na menyanyi dulu. lalala~
actually entry kita kali ni pasal betepuk sebelah tangan takkan bebunyik kecuali tepuk tangan tu kat meja, dinding, pipi dan sebagainya.
bulan februari sinonim dengan cinta. valentines day. tapi so far kita tak pernah lagi sambut valentines day.  kalau na hargai cinta yg  kita  ada, hari2   kita  buat. tayah na tunggu februari. huh. belagak betul kita   tapi, biasanya kalau org cakap cinta, mesti cita yg happy2, bes2, romantik2, kepalahotakbejambul semua. tapi, cita   kita  cita sedeh. T_T
'dia suka saya,saya suka dia, dia suka dia'
hah. hamek kau. paham tak? meh sini aku pahamkan.
ni kira cinta antara benua segi tiga bermuda.  kot? 
A suka kat kita  tapi kita suka kat B. tapi B suka kat C. :( emmm. macam empat segi? ke segi lima? errr..wateva. --'
A tu kawan baik kita  of kos la lelaki kan. dia tu mmg kwn baik sgt2. tmpat kita mengadu sedih gembira, msalah ape wtf semua. tapi, masalahnya dia ttb simpan perasaan kat kita   camne kita na buat??  kita mmg ta boleh na ubah keadaan tu, sbb nt lain jadinya.  kita sayangkan persahabatan ni...but howw???
org kata what goes around comes around.  mmg betul lah tu.  apa yg A rasa kat kita  kita rasa balik dkt B.  betapa sakitnya cinta betepuk seblah tangan.  err.  kita suka B diam2 jea. kita ta penah bgtau sesape.  mula2 tngok gaya dia, macam dia pun ada bg kita harapan.  tapi mebi tu sume syok sendri jea kot.  so kita pun mula undur diri, n try to forget my feeling towards him. ta lame lepas tu, dia mcm na tunjuk yg dia suka kat C. dengan status2 dia.  ya allah. betape jelesnye kita   tapi takpelah. cinta ta harus memiliki.  :')  lepas dari kami berbalah sikit hari tu, kita langsung tak contact dia, n   same with him.  
now, kita just doakan dia happy with his choice. :)  
people come and go. so ta payah na sedeh sgt, sbb nnt mesti akan datang orang baru.  
kbhai!




Wednesday, February 8, 2012

Bila aku Jatuh Cinta

Bisakah ku tanpamu
Bisakah ku tanpamu
Hatiku mula rapuh
Hatiku mula pedih
Bisakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tuliskan lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah
Hanya untukmu
Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu menyempurnakan aku
Akan ku buatkan semua yang terindah



Friday, February 3, 2012

Idola saya-M.A.A.A

Beliau adalah seorang pembakar semangat.  Seorang individu yang amat mementingkan kejayaan dalam akademik untuk memastikan kejayaan di masa hadapan.  Dialah idola aku, sumber inspirasi.  Suatu masa dulu dia sentiasa buat aku tersenyum.  :))  
Dialah M******* A*** Bin A**** A****.
Dia sangat berjaya dalam akademik dengan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam 3 peperiksaan umum iaitu memperoleh 5A UPSR, 8A PMR, dan 10A SPM.
"Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah nasib melainkan diri sendiri.  Rugi jika bersikap sambil lewa dan sekadar berpuas hati dengan hati dengan kejayaan yang ada."
Ni cakap dia.  Patut la pun dia cemerlang.  :)
dari kecil lagi cita-cita dia nak jadi doktor, Pakar Jantung.  Sebelum ni dia memulakan pengajian persediaan dekat Kolej Mara,Banting sebagai persediaan ke luar negara.
Sekarang, dia dekat MSU, Shah Alam.  And then baru dia ke overseas kot. hehehe
Dia ni tak pernah berputus asa untuk mendapat keputusan yang cemerlang.  Kata dia lagi, dia akan study tiap2 malam.  haa, macam ni la kalau na success.  terlalu lambat aku kenal dia.  kalau dari dulu lagi......huuhuhuhu

Antara tips-tips dari dia:
-Fokus 100% dalam kelas
-Tanya cikgu, lecturer or kawan kalau tak faham
-Giat membuat latihan
-Jangan mudah berputus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan
-sentiasa bemotivasi dan berfikiran positif

lepas ni saya na sambung master, saya nak jadi macam awak :)



Wednesday, February 1, 2012

aku ingat kau kawan aku

hai la kawan.  kenape la kau buat kami macam ni? aku ingat kau kawan baik kami.  tapi...kau dah kecewakan kami...aku upset sgt ngan kau.  kau kawan ngan kami dah lama.  selama kami kawan ngan kau, kami tak pernah cakap belakang pasal kau.  kita bertiga.  ape salah kami?      ape2 pun kami tak pernah belakangkan kau.  aku tak tahu lah ape yang kau ceritakan kat org lain pasal kami.  ape lah teruknya kami ni? kalau ada yang tak kena, juz bagi tau lah.  jangan la kill in silence mcm ni.  kau bagi alasan yang kami langsung tak boleh terima logiknye.  alasan kau untuk senangkan orang lain, tapi susahkan kami? bukan na merungut, mengungkit,tapi, aku ingat la masa korang2 semua mintak tolong kat kami mcm mana dulu. dulu kau mengadu ngan kami masalah kau ngan diorang masa kau tinggalkan kami jugak dulu, punya la kau sedih.  tapi sekarang kau na jugak dengan diorang? okay. takpe.  dulu kami lupakan keputusan penting kami, demi kau, tapi sekarang kau buat keputusan yang sgt mengecewakan kami.  takpelah 'kawan'.  aku ingat sampai bila2 apa yg kau buat.  aku hargai sangat2 selama ni apa yg kau tolong kami.  terima kasih sangat 'kawan'.  aku ni bukan jenis berdendam, tapi mmg susa untuk aku baik balik ngan kau. 
kbhai!



 

FOLLOW ME!! ^^
INSTAGRAM ♥ @ahten_ahten ♥ TWITTER ♥ @fatinistaa