Tuesday, March 25, 2014

Home Made Vitamin Water ♥

Assalammualaikum.. :)

AIR. Air memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita.  Dalam badan manusia, 60% darinya adalah air.  Terlalu banyak fungsi air (air kosong/mineral ye, bukan air sirap atau sebagainya) contohnya, berfungsi dalam proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.  Selain tu jugak air ada kebaikannya yang tersendiri iaitu, menguruskan badan, meningkatkan kesuburan, melancarkan pencernaan, perawatan kecantikan dan sebagainya.  Ha, tu info ringkas pasal air.

And kita semua tau minum air kosong ni sangat banyak kebaikan so dalam entry ni, just nak share something yang buat air kosong jadi lagi  seronok n lebih berkhasiat.  hehe. 


Letakkan seberapa banyak buah-buahan dalam air kosong dan biarkan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum minum.  Boleh disejukkan .  Kesemua campuran air dan buah ni membantu untuk penghidratan dan detoksifikasi tenaga (baku sangat) atau buang toksin dalam badan.
1. Teh hijau, pudina, limau - bagus untuk pembakaran lemak, penghadaman, sakit kepala, saluran tersumbat dan penyegar nafas.

2. Strawberry, kiwi- bagus untuk kardiovaskular, perlindungan sistem imunisasi, peredaran gula dalam darah, penghadaman.


3. Timun, limau, lemon - pengawalan
berat air dalam badan, kawal selera makan, penghidratan dan penghadaman.
 
4. Lemon, limau, oren- pencernaan, vitamin C, imunisasi, pedih ulu hati, (yang ni minum pada suhu bilik)


kalau boleh jangan tambah gula sbb boleh menggangu khasiat air tu, tapi boleh tambah madu (asli) sbb madu pun mengandungi khasiat yang tinggi. 

selamat mencuba kepada diri sendiri. ^^

Friday, March 21, 2014

SugarMakeup by NFI >Farhah Solemnization



Assalammualaikum.. :)

fuhh fuhh (lap siket) banyakknye habuk ngan sawang. maklumla dah lame tinggalkan. hehe
entry kali ni nak tunjuk sorang lagi customer. kak farhah namenye. mekap untuk nikah aje. maklumla kita ni bisnes kecil-kecilan aje. :) ape2 pun syukur alhamdulillah. 

SEBELUM
SELEPAS
EH NI SAPE. OKE SAJE NAK MENYELIT. K BYE!




for more enquiries call 011- 1854 0926 (whatsapp n text. business purpose only)

Saturday, January 4, 2014

SugarMakeup by NFI

macam yang sy pernah cerita sebellum ni, sy sedang melangkah menuju cita-cita sy kan.. iaitu untuk menerajui bisnes butik andaman.. cewah. so sekarang dah jalan la sikit2 bisnes tu. tapi biasa2 je la. tunang ke ape2 occasion ke, nikah and so on. sy ni pemes ngan style make up natural. huhu pemes sangat. ahahh!

silalah tengok gambar2 ni..tak banyak ni je yg ade sbb yg lain kat fon yg kene ragut tu.. feel free to comment :) kepada yang berminat, pakej sy sangat murah dan insyaallah anda semua akan berpuas hati. 
Nikah/Tunang/Sanding = price from RM150
Dinner/others = price from RM80
murah kan? hihi





2013 Suka Duka Pahit Manis

Pejam celik ejam celik sekejap je kita dah melangkan ke tahun baru. Buku baru. :)
2013 meninggalkan banyak kengangan. Pahit manis suka duka tawa riang seding menangis.  Semua pun ada. Kalau nk throwback flashback semua dalam satu entry mmg penat la nak baca kan. hehe. 
Most sweet memory untuk tahun lepas ialah terjumpanya sang arjuna, MY arjuna. :) he's a friend of my brother. Kenal masa preparation untuk wedding kakak masa bulan Januari. Masa tu heboh ngan bbm bbm. Kenal dari situ la. Tak tau la kenape hati ni cepat sangat untuk jatuh. :) ape-ape pun sy senang dgn perasaan tu. 

Bulan Februari.. Sy mula kerja.. walaupun kerja biasa2 je gaji tak besar mana jawatan tak tinggi mana tapi Alhamdulillah, sy bukan seorang pengangur. Bertempat di Bangi, Sugarflours nama diberi, bertugas sebagai admin executive merangkap supervisor atau lebih senang bos no 2. hahahahahah. takde la. ni kedai kek je. boleh refer FB kami Sugarflours

Mac April Mei..Jun, satu-satunya abang kesayangan bertunang dengan pilihan hati.. Julai..Ogos..September..kita raya bulan berapa ek? lupa lah. huhu. hmm..bulan September ni mencabar sikit. First time kene ragut. Nak tengok anak buah baru punya pasal. naik bas sbb takde org boleh jemput. jalan kat tempat gelap. ape lagi. ngap la peragut tu. India. Alhamdulillah. takde ape2 jadi kat sy. takpelah. takde rezeki. nak buat cane kan. fon BB, purse semua kene amik. :(

Oktober..November..Murah rezeki bila sy dah ada kenderaan sendiri..walaupun banyak dugaan nak tempuh, tapi alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Terima kasih buat yang bnyak berjasa. Sy takkan lupa. :) November jugak, kakak sy yg satu lagi selamat melahirkan bayi lelaki.. sekarang sy dah ada 3 anak buah lelaki. Tak dapat bayangkan bila dah besar nt cane. huhu. tak sabarrr.

Desember.. umur semakin meningkat, kematangan pun sepatutnya semakin meningkat. Banyak cabaran dilalui, dalam cinta, kerjaya, keluarga. Semuanya perlukan tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar, takkan ke mana. Tau-tau nanti menyesal je. Betul tak? haaa. Bulan 12 jugak la sy kene samun. Kuajaqq betul budak2 tu. Melayu. budak lagi. siap kua pisau bagai. fon samsung Note yang baru lepas repair, duit gaji, purse semua kene kebas. tak siot ke namenye tu? semata2 nk duit? dik banyak cara nk dapat duit. kau mungkin senang sekarang, tapi tunggulah masa kau. sampai bila pun aku takkan maafkan. maaflah, sy tak mampu nak maafkan budak2 tu. hmm.. 31.12 pun moto arjuna sy kene curi. kat umah lak tu hilang. 
ape2 pun, yang sy belajar, dekat tak beerti sahabat, jauh tak beerti musuh. zaman sekarang ni susah nk percaya orang. :(

tup tup dah masuk 2014.. azam tahun baru? tunggulah..sy akan bg tau nanti :) insyaallah..sy rasa dah sampai masanya.. :)

Selamat datang 2014, semoga tahun ini mewarnakan hidup sy dengan lebih cantik, untuk menjadi insan yang berguna, hamba Allah yang solehah. :) semoga Allah memberikan waktu dan peluang untuk sy berubah menjadi lebih baik, untuk membuktikan yang sy mampu dan takkan cepat mengalah walau apa pun orang cakap.

Terima kasih keluarga yang sentiasa menyokong, sahabat yang tak pernah lupakan sy walaupun jauh, dan jugak sang arjunaku. cewah. puihh

tata ^^
 

FOLLOW ME!! ^^
INSTAGRAM ♥ @ahten_ahten ♥ TWITTER ♥ @fatinistaa